Rabu, 29 Jun 2011

mengenangmu...


Hadirmu ke dalam hidup kami bagaikan suatu rahmat tidak terperi,
Perih yg ditanggung bagaikan hilang..
Hilangnya dirimu dari hidup kami adalah suatu ujian yg tidak terperi,
Semangat yg ada seakan menghilang
Kesedihan mampu diluahkan dgn air mata,
Namun kepedihan yg ditanggung takkan hilang selamanya
Betapa besarnya artimu terhadap kami..
Usiaku masih kecil ketika itu..
Saat kau muncul dlm hidupku..
Kau umpama abang,ayah & idola hidupku.
Sejak itu hidupku tiada tangisan lagi..
Namun kini engkau telah pergi..
Dan aku menangis lagi..
Apa yang harus dilakukan,itu semua sudah ketentuan ilahi..
Menguji kesabaran & keimanan setiap penghuni dunia ini..
Meskipun engkau telah pergi..
Nasihat,sokongan & tunjuk ajarmu tetap ku sanjung tinggi
Semoga rohmu dicucuri oleh ilahi..
Kami harus tabah akan setiap yang berlaku..
Selagi jasad kami tidak  lagi kaku..
Namamu mekar dan segar di mindaku..
Jikalau masih ada peluang pasti kita akan bertemu..

Hasil nukilan pakar chenta..
Tribute to allahyarham subki bin abdullah (arwah abg ipar),allahyarhamah som bt abdullah 
(arwah nenek),allahyarham mustapar bin md.tap(arwah pak long).




Jumaat, 24 Jun 2011

Ini Dunia Chenta ...: Cara-cara memikat kekasih..

Ini Dunia Chenta ...: Cara-cara memikat kekasih..: "o Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. o Latihlah ..."

Khamis, 23 Jun 2011

Cara-cara memikat kekasih..


o     Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
o      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
o   Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
o    Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
o    Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

o   Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
o    Akui perasaannya bila dia merasa marah.
o   Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
o   Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
o    Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
o   Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
o    Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
o    Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

o   Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
o    Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
o    Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
o    Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

o   Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
o   Basuhkan kereta yang dipakainya.
o   Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi kekasih anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
o   Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
o    Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
o   Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
o    Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
o   Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
o   Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
o   Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai warna pakaian bersama-sama.
o   Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai. 

Ini Dunia Chenta ...: Sisa..

Ini Dunia Chenta ...: Sisa..: "Dulu hidupku ceria kerana dia.. dulu diriku bertenaga kerana dia.. dulu hatiku hanya pada dia.. dulu minda aku hanya berfikir untuknya.. ..."

Sisa..

Dulu hidupku ceria kerana dia..
dulu diriku bertenaga kerana dia..
dulu hatiku hanya pada dia..
dulu minda aku hanya berfikir untuknya..
dulu jiwa ku sepenuhnya milik dia..
dulu tangisku hanya untuk dia..
dulu masaku hanya tercipta untuknya..
dulu mimpiku hanya mimpikan dia..


tapi...
kini...
mungkin...


kini hidupnya tidak ceria tanpaku..
kini dirinya tidak bertenaga keranaku..
kini hatinya sudah tidak ku hampiri..
kini fikirannya bukan untukku..
kini jiwanya bukan jiwaku lagi..
kini tangisnya tidak akan dibazirkan pada ku..
kini masanya bukan lagi masa kami ..
dan mungkin kini..mimpi kami tidak lagi seindah dulu....


kerana...
yang tinggal hanyalah sisa-sisa cinta yang sudah layu..


pada yang membaca,ini bukanlah puisi jiwang..
tapi inilah antara perkara-perkara penting yang kita bazirkan sewaktu bahagia dulu dan bila segalanya rapuh ianya seringkali muncul di benak fikiran kita..benarlah kata orang bahawa 


"CINTA ITU BUTA..."

Rabu, 22 Jun 2011

K3s4H C3NT4

harini adalah hari sukantara di smk munshi ibrahim labis.Aku turut menyumbang tenaga terhadap aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan.Sungguh seronok melihat guru-guru dan rakan-rakan tersenyum kerana menyaksikan persembahan atlet-atlet sukan rumah sukan masing-masing.Macam-macam gelagat yang dapat ku saksikan.Soal pelajaran ku buat masa sekarang ini,alhamdullilah.sudah semakin stabil.Cuma aku ketinggalan sedikit dlm subjek Pengajian perniagaan.Akan ku ubah cara ku yg sedia ada ini kepada yg lebih proaktif.


Itu soal pelajaranku..soal hidupku pula.Setelah perpisahan yg sgt menyakitkan berlaku pada 6 mei 2011 yg lepas,aku kini semakin tabah.Aku berusaha menangkis segala perasaan duka sewaktu menjalani rutin harian hidupku.Walaupun perit,tapi aku akan tetap terus cuba dan mencuba.Rutin harianku kini semakin sibuk memandangkan penglibatanku yg agak aktif di sekolah dan kawasan tumpah darahku,Felda Tenang.


Dari soal cita-cita dan semangatku pula,aku kini semakin riang dan bersemangat.Gelak tawa bersama bondaku yg tersayang,keluarga dan rakan-rakan ku seolah olah menutup seketika ranjau kesedihan yang ada di dalam hatiku ini.Yeah!kini aku semakin bersemangat untuk mengejar cita - citaku dlm bidang politik dan menjadi ahli korporat suatu hari nanti....

Selasa, 21 Jun 2011

Ini Dunia Chenta ...: The Johore Royal Princess..

Ini Dunia Chenta ...: The Johore Royal Princess..: "Menarik mengenai Tunku Aminah Maimunah Iskandariah * Panggilan manja: Tunku Inah. * Hobi: Menunggang kuda, memandu dan melukis..."

Ini Dunia Chenta ...: Drama Kehidupan

Ini Dunia Chenta ...: Drama Kehidupan: "Kehidupan diibaratkan sebuah padang yang meluas Ada kehidupan manusia itu padangnya ditumbuhi rumput-rumput menghijau yang fana.. Ada juga k..."

Ini Dunia Chenta ...: tentang cinta...

Ini Dunia Chenta ...: tentang cinta...: "Cinta adalah suatu perasaan yg tidak dpt diungkapkan Merasainya adalah suatu nikmat yg tidak terungkai .. Rasa yg sgt indah dan bermakna .. ..."

Ini Dunia Chenta ...: KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011

Ini Dunia Chenta ...: KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011: "Kembara mahkota johor kembali lagi pada tahun 2011 ini.Kembara ini yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan jelajahnya pa..."

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011

Kembara mahkota johor kembali lagi pada tahun 2011 ini.Kembara ini yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan jelajahnya pada 18 jun 2011 dengan baginda sendiri mencemar duli menyusuri Sungai Muar menggunakan bot nelayan.

Perjalanan baginda sejauh 15 km menyusuri Sungai Muar dengan menggunakan bot nelayan dari Istana Tanjung sehingga ke Jeti Kampung Jorak melambangkan keprihatinan beliau untuk mendekati rakyat jelatanya secara lebih dekat.

Tema KMJ 2011 pada tahun ini ialah "Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita"

Majlis perasmian kembara yang memasuki edisi ke-14 itu disempurnakan oleh Sultan Ibrahim di pekarangan Istana Tanjung yang turut dihadiri oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.



TUNKU MAHKOTA JOHOR
TUNKU ISMAIL IDRIS ABDUL MAJID ABU BAKAR ISKANDAR IBNI SULTAN IBRAHIM ISMAIL



SULTAN JOHOR
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR



Kedatangan rombongan diraja disambut dengan persembahan silat..


TUNKU TEMENGGONG JOHOR
TUNKU IDRIS


TUNKU IDRIS,TUNKU ABDUL RAHMAN HASANAL JEFRI,TUNKU ISMAIL



DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN PUTERI TUNGGAL BAGINDA
TUNKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH


ROMBONGAN KEMBARA DIKETUAI OLEH BAGINDA SULTAN SENDIRI...