Khamis, 23 Jun 2011

Cara-cara memikat kekasih..


o     Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
o      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
o   Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
o    Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
o    Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

o   Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
o    Akui perasaannya bila dia merasa marah.
o   Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
o   Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
o    Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
o   Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
o    Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
o    Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

o   Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
o    Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
o    Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
o    Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

o   Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
o   Basuhkan kereta yang dipakainya.
o   Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi kekasih anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
o   Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
o    Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
o   Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
o    Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
o   Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
o   Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
o   Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai warna pakaian bersama-sama.
o   Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan