Rabu, 22 Jun 2011

K3s4H C3NT4

harini adalah hari sukantara di smk munshi ibrahim labis.Aku turut menyumbang tenaga terhadap aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan.Sungguh seronok melihat guru-guru dan rakan-rakan tersenyum kerana menyaksikan persembahan atlet-atlet sukan rumah sukan masing-masing.Macam-macam gelagat yang dapat ku saksikan.Soal pelajaran ku buat masa sekarang ini,alhamdullilah.sudah semakin stabil.Cuma aku ketinggalan sedikit dlm subjek Pengajian perniagaan.Akan ku ubah cara ku yg sedia ada ini kepada yg lebih proaktif.


Itu soal pelajaranku..soal hidupku pula.Setelah perpisahan yg sgt menyakitkan berlaku pada 6 mei 2011 yg lepas,aku kini semakin tabah.Aku berusaha menangkis segala perasaan duka sewaktu menjalani rutin harian hidupku.Walaupun perit,tapi aku akan tetap terus cuba dan mencuba.Rutin harianku kini semakin sibuk memandangkan penglibatanku yg agak aktif di sekolah dan kawasan tumpah darahku,Felda Tenang.


Dari soal cita-cita dan semangatku pula,aku kini semakin riang dan bersemangat.Gelak tawa bersama bondaku yg tersayang,keluarga dan rakan-rakan ku seolah olah menutup seketika ranjau kesedihan yang ada di dalam hatiku ini.Yeah!kini aku semakin bersemangat untuk mengejar cita - citaku dlm bidang politik dan menjadi ahli korporat suatu hari nanti....

Selasa, 21 Jun 2011

Ini Dunia Chenta ...: The Johore Royal Princess..

Ini Dunia Chenta ...: The Johore Royal Princess..: "Menarik mengenai Tunku Aminah Maimunah Iskandariah * Panggilan manja: Tunku Inah. * Hobi: Menunggang kuda, memandu dan melukis..."

Ini Dunia Chenta ...: Drama Kehidupan

Ini Dunia Chenta ...: Drama Kehidupan: "Kehidupan diibaratkan sebuah padang yang meluas Ada kehidupan manusia itu padangnya ditumbuhi rumput-rumput menghijau yang fana.. Ada juga k..."

Ini Dunia Chenta ...: tentang cinta...

Ini Dunia Chenta ...: tentang cinta...: "Cinta adalah suatu perasaan yg tidak dpt diungkapkan Merasainya adalah suatu nikmat yg tidak terungkai .. Rasa yg sgt indah dan bermakna .. ..."

Ini Dunia Chenta ...: KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011

Ini Dunia Chenta ...: KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011: "Kembara mahkota johor kembali lagi pada tahun 2011 ini.Kembara ini yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan jelajahnya pa..."

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011

Kembara mahkota johor kembali lagi pada tahun 2011 ini.Kembara ini yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan jelajahnya pada 18 jun 2011 dengan baginda sendiri mencemar duli menyusuri Sungai Muar menggunakan bot nelayan.

Perjalanan baginda sejauh 15 km menyusuri Sungai Muar dengan menggunakan bot nelayan dari Istana Tanjung sehingga ke Jeti Kampung Jorak melambangkan keprihatinan beliau untuk mendekati rakyat jelatanya secara lebih dekat.

Tema KMJ 2011 pada tahun ini ialah "Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita"

Majlis perasmian kembara yang memasuki edisi ke-14 itu disempurnakan oleh Sultan Ibrahim di pekarangan Istana Tanjung yang turut dihadiri oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.



TUNKU MAHKOTA JOHOR
TUNKU ISMAIL IDRIS ABDUL MAJID ABU BAKAR ISKANDAR IBNI SULTAN IBRAHIM ISMAIL



SULTAN JOHOR
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR



Kedatangan rombongan diraja disambut dengan persembahan silat..


TUNKU TEMENGGONG JOHOR
TUNKU IDRIS


TUNKU IDRIS,TUNKU ABDUL RAHMAN HASANAL JEFRI,TUNKU ISMAIL



DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN PUTERI TUNGGAL BAGINDA
TUNKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH


ROMBONGAN KEMBARA DIKETUAI OLEH BAGINDA SULTAN SENDIRI...



Ahad, 29 Mei 2011

tentang cinta...

Cinta adalah suatu perasaan yg tidak dpt diungkapkan
Merasainya adalah suatu nikmat yg tidak terungkai ..
Rasa yg sgt indah dan bermakna ..
Namun,merasainya juga terkadang bisa menjadi pahit seperti
Hempedu ..
Tatkala insan yg mencintai dan dicintai itu sedang enak dilamun
cinta..
ada gelombang yg mendatang tidak mengenal masa ..
namun jika tangannya berpegang erat ..
kekuatan cinta takkan pernah rapuh ..
Ada orang yg mengatakan ..
“hanya ajal yg mampu memisahkan cinta kita’’ ..
Tapi itu semua omongan yg salah belaka ..
Cinta yg sejati takkan pernah mati kerna ianya kekal di hati ..
Mencintai seseorang tidak bermaksud memiliki ..
Walau insan yg dicintai itu dimiliki oleh cinta yg lain ..
Namun cinta sejati takkan pernah pudar kerna ianya ..
Satu dakwat yg kekal dan meninggalkan kesan yg mendalam ..
Hingga ke akhirnya ..
Hargailah orang y mencintai kamu ..
Kerna menghargai mereka adalah harga cinta tulus kamu
Yg tidak ternilai ..
Hasil nukilan HK ..