Selasa, 9 Ogos 2011

KELUARGA DIRAJA JOHOR

Hai semua..
dah lama aku x update blog chenta ni
so sekarang ni aku ada satu idea lah nak share dengan u all semua..
aku ni peminat kepada kerabat diraja johor.
byk juga lah maklumat yang aku kumpul tentang kerabat diraja johor ni..

kita mulakan dengan 

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

baginda telah ditabalkan menjadi sultan johor pada 23 januari 2010.
baginda telah ditabalkan selepas kemangkatan ayahanda nya Sultan Iskandar ..
baginda telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofia dan dikurniakan 5 orang putera dan 1 orang puteri..
baginda sultan merupakan seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat.Buktinya,Kembara Mahkota Johor yang diadakan setiap tahun sejak tahun 1998 yang bertujuan untuk merapatkan hubungan istana dengan rakyat biasa.

kita terus ke latar belakang Raja Zarith Sofia

YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH

Raja Zarith merupakan puteri dan anak kedua kepada almarhum Sultan Idris Shah (sultan perak) dan Raja Mazwin Raja Arif Shah.Merupakan cansellor di Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru dan dekan di jabatan pengajian bahasa dan linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia.





YANG TERAMAT MULIA TUNKU (MEJ) DATO' ISMAIL IDRIS ABDUL MAJID ABU BAKAR ISKANDAR BIN SULTAN IBRAHIM ISMAIL

                                                                    Tunku Mahkota Johor



Dilahirkan pada 4 Jun 1984







TUNKU (KAPT) IDRIS ISKANDAR ISMAIL ABDUL RAHMAN BIN SULTAN IBRAHIM ISMAIL
Tunku Temenggung Johor


Dilahirkan pada 25 disember 1987






TUNKU ABDUL JALIL ISKANDAR IBRAHIM ISMAIL


dilahirkan pada 5 julai 1990.
Tunku Jalil merupakan pencinta haiwan dan beliau melanjutkan pelajarannya di australia dalam bidang zoologis.



TUNKU ABDUL RAHMAN HASSANAL JEFRI BIN SULTAN IBRAHIM ISMAIL





dan yang seterusnya ini merupakan putera bungsu sultan ibrahim yang lebih dikenali sebagai '' ku boo'' 


TUNKU ABU BAKAR IMAN BIN SULTAN IBRAHIM ISMAIL




Sultan Ibrahim dan permaisurinya juga memiliki seorang puteri iaitu puteri aminah yang merupakan puteri tunggal baginda.Puteri Aminah bergiat aktif dalam bidang keusahawanan produk kecantikan Luvins the royal arts of beauty.Panggilan mesranya ialah "ku Inah '' dalam kalangan kerabat diraja johor...she is my IDOL !! 














TUNKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI SULTAN IBRAHIM ISMAIL



dilahirkan pada 8 april 1984..

demikianlah coretan ku pada kali ini.
aku pun dah penat dan nak sambung tidur..
good nite..
think positive :))

Ini Dunia Chenta ...: ketenangan hati..

Ini Dunia Chenta ...: ketenangan hati..: "perasaan itu yang telah lama ku cari akhirnya kini telah ku temui walau banyak onak dan ranjau yang telah ku jalani namun kini, ku sudah..."

ketenangan hati..

perasaan itu yang telah lama ku cari
akhirnya kini telah ku temui
walau banyak onak dan ranjau yang telah ku jalani
namun kini,
ku sudah mampu berdiri sendiri...
dulu ku pernah mengejar sesuatu yang tidak pasti
kini ku sudah belajar menerima yang hakiki...
ku meredhai apa yang telah terjadi
walau bukan perpisahan ini yang ku ingini...
tuhan memisahkan kita di dunia ini
namun..
mungkin di sana nanti kita akan bersama kembali
kasih yang dulu disemai mungkin akan bertaut kembali..
mungkin engkau cinta pertamaku dan mungkin dia cinta terakhirku...
namun Dia adalah cinta abadiku...
akan ku teguhkan jiwa ku yang kecil ini
kerna ku pasti Dia amat mengerti...
Dia cintaku yang sejati..

Ahad, 17 Julai 2011

Ini Dunia Chenta ...: puisi untukmu wahai sahabat..

Ini Dunia Chenta ...: puisi untukmu wahai sahabat..: "Kita dulu sentiasa bersama.. Susah senang kita bersama dlm melalui liku2 sbg seorang pelajar & sahabat.. Kita berasal dari tempat yg berbeda..."

puisi untukmu wahai sahabat..

Kita dulu sentiasa bersama..
Susah senang kita bersama dlm melalui liku2 sbg seorang pelajar & sahabat..
Kita berasal dari tempat yg berbeda tapi kita belajar di bwh satu bumbung yg sama..
Kita mengenali subjek yg sama & segala kesulitan kita hadapi bersama..
Berkongsi ilmu yg sama & guru yang sama..
Tapi kini,kita sudah tidak lagi bersama..
Kita kini sudah melalui haluan yg berbeza..
Mempunyai ambisi yg berbeza..
Dan misi yg juga berbeza..
Namun..
Mungkin satu hari nanti kita akan ketemu semula..
Kita bersama semula..
Kita ketawa bersama..
Bercerita hal yg lama...
Mengenang kenakalan yang lama..
Mungkin waktu itu kita sudah punyai keluarga
Ataupun masih teruna atau dara...
Kita hanya akan ada satu perasaan sama iaitu...
Perasaan rindu dan ingin bersama semula..
Kerana kita adalah sahabat...
Dunia dan akhirat...
Semoga ketemu lg wahai sahabat...
Cerita kita akan tetap ku ingat...
Semoga berjaya dlm mengejar impian dan teruskan perjuangan...
Semoga puisi ini bisa jadi penguat..
Dalam kita mengerah keringat....

Sabtu, 9 Julai 2011

Ini Dunia Chenta ...: Tentang masa...

Ini Dunia Chenta ...: Tentang masa...: "Masa yang ada jangan di persia-siakan.. Masa berlalu pantas ke hadapan.. Masa yang lalu tak elok dikenang.. Masa hadapan adalah sesuatu yan..."

Tentang masa...


Masa yang ada jangan di persia-siakan..
Masa berlalu pantas ke hadapan..
Masa yang lalu tak elok dikenang..
Masa hadapan adalah sesuatu yang pasti..
Masa yang ada sekaranglah yang menentukan masa hadapan..
Masa tak akan pernah berhenti..
Masa juga tak akan pernah menunggu..
Masa akan sentiasa berlalu...
Masa yang ketinggalan perlu dikejar..
Masa yang telah mendidik manusia untuk belajar..